Hudzaifah bin
As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang
Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua
sedang bincangkan.?"
Lalu kami
menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah
S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat
sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau
manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya
ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai
hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa.
Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua
matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan
memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang
beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara
orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung,
telinga dan dubur mereka.
Binatang melata
yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung
Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini
akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang
ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di
dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke
dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi
Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian
Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj
pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan
satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang
bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka
ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah
diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W
telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak
laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan
tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya
anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara
lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin
Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal
namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan
sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir
menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para
ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah
S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang
dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat
dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat
kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan
ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang
yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya
dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda
kiamata."