Ketika Nabi
Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya.
Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s
bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan
mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah
kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim
masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim
berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang
akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi
Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik
dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit,
tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi
Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya
beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat
batu ini?"
Nabi Ismail
berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan
cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim
mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar
Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang
bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin
berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan
memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat
menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat
dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam
seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia
mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu
merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu
mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan
kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah
kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar
Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku
tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan
(mencium Hajar Aswad)."
Manual Tags:Muslim,islam,world,ritual,edtion,prayer,islamofia
Manual Tags:Muslim,islam,world,ritual,edtion,prayer,islamofia