'Amir bin Said
dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang
dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah
lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami
pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian
Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai
beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda
yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara,
dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi
ditolak.
1. Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim
susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana
tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku
ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan
sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku
telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita
lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama
lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan
dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
Manual Tags: islam,muslim,wolrd,education,world,must do, stats, make money online, how make, how do you